Thursday, August 20, 2009

Ekspedisi Gunung Angsi Kuala Pilah


4 Ogos 2009....
Pelajar Form 2 MRSMKK termasuklah aku telah pergi mendaki gunung angsi yang berketinggian 780+m dari aras laut..
Seronok plak dapat daki gunung camni.
Daki beramai-ramai..
Waktu perjalanan mendaki gunung tuh jer dah ambil dalam 2 jam manakala waktu turun plak sama gak 2 jam sbb kitorang guna jalan lain waktu turun..
Waktu turun tuh mmg gempak lah.. Macam wall climbing plak.
Guna tali...Aku, seperti biasa dapat menempuhnya dengan hanya sedikit kekejangan pada waktu menuruni gunung tersebut... Nasib baik aku ada basic PBSM.. Haha..
Waktu turun tuh kitorang sempatlah berhenti solat kat sungai.. First time solat kat sungai mmg terkial2 nak solat...Haha, pepun dapat gak lah aku pengalaman solat atas batu sungai...
Hah setelah penat berjalan sejauh 23 kilometer barulah aku dan batch aku selamat sampai kat kem kitorang.. Fuh!! Penat jalan jaoh2 dengan beg kat bahu selama 5 jam... Tapi pepun aku dah berjaya tawan puncak gunung angsi.. Haha... Gembira sungguh aku hari tu walaupun letih teramat sangat...
Haha, sekian cerita aku di puncak gunung angsi...
Credit to: Ustaz Shahzihan, Ustaz Hasif, Ustaz Sallehudin